Dari wikipedia : Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh di kesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidik-penyelidik tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputeran.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-anmemperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
Proses dalam pengurusan sistem maklumat
Pengurusan teknologi maklumat ini banyak membantu pihak atasan dalam organisasi untuk membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Antaranya adalah "Decision support system" yang banyak di gunakan oleh pihak atasan dan banyak membantu dalam pembuatan keputusan yang tidak berstruktur. "Executive information system" juga digunakan oleh pihak atasan untuk membuat keputusan yang strategik."Transaction processing system" yang di gunakan oleh pihak bawahan (lower management) untuk menrangka perancangan jangka pendek dan mereka tidak terlibat dalam pembuatan keputusan.
No comments:
Post a Comment